Sunday, November 15, 2009

...PaKu YaNG LeKaT Di HaTi...

Artikel ini diberikan oleh sahabat sy mr yone y kini berada di Selangor, menetp di Pahang, cewah… glamornye dia.. opss!! Terlebih sudah hi3..hope dia bg artikel ini bertujuan sekadar peringatan bersama…mcm best je tajuk dia kan?cz ada (PAKU) hi3..ape pun jom kte bce,hayatinya dan selaminye bersama2 dan amik la sebagai satu peringatan atau pun nasihat bersama..

"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Wednesday, November 11, 2009

.: HaNya TuHaN Y TaHu :.



Syukur kehadrat Ilahi dgn limpah rahmatNya msih lg dpinjmkn nyawa supaya sentiasa mengigatiNya dalam apa jua keadaan n bertemu kembali setelah sekian lame x update blog..biase la..have a big problem..da name manusia memg x lari dari masalah ataupun ujian n cabaran, kte kne la hadapinye dgn tabah n sabar n 1 lg sntisa berdoa kepadaNya...ng y sebenrnya nk kongsi la skit masalh ngn member2 y bce blog ng, citenye mcm ng leps selesai je konvo mula la sibuk nk stdy untk stam..tp blm smpt pn buku stam terbuka, tbe2 pelbagai masalh y tlh timbul, hanya Tuhan yang tahu mse 2, memg xde smngt lgsung nk stdy sampai berhabuk bku kt atas meje (sje je,cme nk bgtau x sentuh bku)..disebbkan timbulnya maslh y sdemikian rupe,hati ng jd bimbang n keliru nk pekse ke x..lastly, smggu nk exam, mak suh amik jgk,terpakse la jgk stdy dlm mase smiggu pun x smpai,mse 2 la jd sepruh betul n separuh lg betul jgk hi3x, yela, pekse nk dekat da memg x smpat nk kejar untk seme subjek, da la 1 hari 3,4 paper masing2 duk tanye soalan y same je..ng soalan y timbul sepnjg exm "KNP LA X BT EXAM 1 HARI 1 PAPER.." tiap2 hr nk g exm ke, lps exm ke, msti soalan sme je diorg tnye termasuk tuan blog ng..hi3..memg byk jwpn dr ktorg, tp x th y mne btl,hanye Tuhan y tahu..lps hbs exm duk pk plk nk smbg mane antara KEDAH n SELANGOR..sampai tdo pun x lena..makn pun x slera,nyaris2 nk g SELANGOR, da simpan smua da dlam beg baju,cadar,selimut, gincu eh silap..hi3(ada jgk tertggl), last skali bt istikarah, Alhamdulillah..kputusan mutamat menuju ke KEDAH akhrnya, dekt la dgn tempt kelahiran cheq,amboi da ckp utara nooo hi3..KEDAH!!! hang tunggu cheq nk mai!!!

p/s: ape pun masalh y kte hadapi, anggap la smua i2 ujian dari Allah S.W.T.. kte manusia hnya mmpu bersabar n berdoa dn y pentg tawakal always..disebalik ujian msti ada hikmah y tersmbunyi..pandai2la kte cari ape hikmah y diberikn kpd kte

Thursday, August 6, 2009

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

sekadar gambar hiasan

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Monday, August 3, 2009

10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT

"sembahyang la kamu sblm kamu disembahyangkan"
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
mari la sme2 kte muhasabah diri kte, adakah kte tergolong dalam 10 golongan ini?? pk2 kan lah..

JUBLI PERAK PAS KAWASAN ROMPIN

Salam…nk nulis skit aring..em, cuti ng jge ank sedara y hypractive 2,ish2 memg xsmpt nk kejar bt keje lain kalu jge dia sorang umpama jge 10 budak kecik...kalu ada je barang kt tangan dia, memg jd mangse la sape y kne..umi dia sampai berdarah mulut2 kne dek budak ng sorang…hi3x..Em..bru2 ng diadakan Jubli Perak Pas Kawasan Rompin di keratong 4 y ke 25 selama 3 hari start 24 hrbln 7 hingga 26 hrbln,tp sempt g skali je, cz ada mslah kshtan skit, y penting bkn H1N1 la..mintak jauh la…sbut pasal H1N1 sekarg dah makin serius merebak kan..???..kt kawasan ng pun ada gk y kne, x pasal2 mangse H1N1 mari minum kat restoran mak pulak, actually klinik ngn restoran mak sebelah je, memg kalu ada pesakit y dah kuar dari klinik 2 atau sedang tggu giliran, msti singgah minum kt kedai…tp, mak ckp bru sorang mgse y mai..y lain blm dkenal pasti..hi3x.. semoga Allah melindungi fmly ng, n korang y bkk blog ng..I.Allah..eh! lari tajuk pulak.. pasal Jubli Perak 2, mcm2 program ada…termasuk acara sukaneka, cermah2, pertandngn futsal pun da, mlm kesenian islam bersama juara akademik nasyid, dan byk ag y menarik, dan y paling best nye ada cabutan bertuah mlm last skali dapat mesin basuh, tp dapat kt orang lain da.. y paling bestnye ktorang stu fmly dapt hadiah acara sukaneka sorang satu..y pelik nye sme dapat tempat ke 3..kelakar plak..tp, memg best la..mcm makan KFC, eh boikot la..hi3x..pe pun y pentingnye sme2 kte berjuang menegakn syariah Islam.. HIDUP2x HIDUP ISLAM!!! PAS 4 ALL…oh lpe nk bgtau, skrg da tkr tmplate cz cik milah in the house kte cm dak2 hi3x…..ok stop sni dlu…jupe lagi..wassalam..

ng la budak 2,memg demm la sape jge dia..huhu..


peserta bg acara batu serembn bg kanak2

amboi, posing habis..sblm acara bermula

Tuesday, July 14, 2009

SENTIASALAH BERSANGKA BAIK

Cara Bersangka Baik Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani

*Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia
lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi
dariku".

*Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah
banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

*Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia
lebih baik dariku."

*Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam
hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai
kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak
kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

*Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam
hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui
akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya
kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

*Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir
usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi
di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Monday, July 13, 2009

SEDIH SANGAT.. :(


Baca ni mudah2an memberi pengajaran dan iktibar kepada kita....( harga sebuah kereta dan ANAK ) wlwpun cite ng dah lame, saya newkan :)... bacalah cite sedih ni, ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan.....kepada semua parents, Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran....Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu. Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik, mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep "time out" jika anak2 buat salah.Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Saturday, July 11, 2009

salam perpisahan bt adik2 kudqi

" ketahuilah sunnah perjuangan bukanlah jalan yang merehatkan, ia penuh dengan dugaan dan ujian yang memeritkan, tapi dihujungnya pasti terdapat kemanisan, putus asa bukan punca,jemu bukan sebab utama..hakikatnya sejauhmana pgantungan kita kepadaNya" istiqomah dalam perjuangan bt adik2 khasnya....(cumi,sayan,kemy,unca,adik,syikin,syaima,widat,asiah,midah,farzana, awen,zu,dan semua y mengenali diri ini..) doa kalian mengiringi kejayaan ku.. nice to met u all.. : )
 

..OsHeNCoRNeR.. © 2008. Design By: SkinCorner